Monday 22 October 2012

RV In Jar

Assalamualaikum.....

Selamat Malam semua. Hari ini lambat sikit Cik As bersiaran. Sampai ke rumah pun agak lewat. Aduhaiii.. hari ini sepatutnya perancangannya lain. Tapi perancangan dari ALLAH lebih mendahului. Pasti ada hikmah yang tersembunyi kan..?

Cik As baru shj siap membakar kek RV, Italian Rainbow Cake dan juga IR in Jar. Tempahan esok dan hari-hari yang mendatang. Belum dapat berehat lagi. Tapi tidak mengapa sebabnye Cik As suka. Apabila kita suka dengan apa yang kita lakukan, penat macam mane pun akan kita harungi. Sangat-sangat seronok apabila melakukannya dan terasa nikmat bila kita IKHLAS dan HASILnya kita nampak dari sumber yang HALAL. Ini adalah kerana kita menggunakan 100% kudrat melakukannya. Tidak main-main dan membuat dengan sambil lewa. Inilah yang sukar Cik As sampaikan kepada yang tersayang.

Memang di akui, keuntungannya tidak seperti yang di jangkakan. Hal ini adalah kerana Cik As masih baru di dunia Baking ini. Tiada yang kenal malah brand Lovely Mom's Bake masih terlalu awal untuk di kenali. Pengorbanan harus di lakukan untuk mengukuhkan nama dan produk. Mencari pelanggan yang setia dan boleh menerima produk yang di keluarkan. Hal ini disebabkan masing-masing sudah mempunyai pilihan Bakers tersendiri. Jadi untuk bersaing, banyak tenaga dan pengorbanan yang di lakukan. Untuk mengukuhkan nama, bukan mengambil masa yang singkat. Sangat-sangat payah untuk meyakinkan para pelanggan.

Makanya, apa yang Cik As perlukan adalah kata-kata semangat dan doa dari orang yang terdekat. Dapat memahami keadaan Cik As yang cuba untuk mengubah taraf hidup. Bukan Senang untuk senang dan sangat senang untuk jadi susah. Biarkan Cik As membawa nama Lovely Mom's Bake dengan cara yang tersendiri kerana setiap jatuh dan bangun dalam sesebuah perniagaan akan mematangkan seseorang. Setiap dari kita ALLAH telah berikan keistimewaan yang tersendiri makanya doakan sahaja yang terbaik untuk Cik As. Berikan Cik As lagi HALF YEAR untuk membawa nama Lovely Mom's Bake, Insya ALLAH tidak lama lagi kepercayaan dari para pelanggan akan bertambah. Insya ALLAH segala matlamat akan Cik As gapai.

Apa yang penting, jangan terburu-buru. Risiko dalam perniagaan sentiasa menjengah. Jika bertindak terburu-buru, buruk padahnya. Masih banyak yang perlu Cik As pelajari dan perbetulkan untuk menghasilkan produk yang terbaik. Kekurangan modal adalah penghalang yang terbesar. Cik As mahu berusaha sendiri untuk membeli kelengkapan. Jutaan terima kasih kepad Emak Cik As yang selama ini terlalu banyak membantu. Insya ALLAH mak, sikit masa lagi, Adik akan mengembalikan apa yang selama ini adik telah lupakan. Terima kasih kerana sudi mendengar keluh kesah dalam perniagaan, memberi bahu untuk bersandar dan sentiasa memberi kata-kata positif buat adik. Di saat orang lain memberi kata-kata yang negatif, emak setia memberi kata-kata perangsang. Menceritakan pahit manis pengalaman beliau tatkala berniaga kuih secara kecil-kecilan. Semangat itulah yang membuatkan Cik As bangkit tatkala rebah. :)

Panjang pula mukadimahnya.Sebenarnya, mahu memasukkan entri RV in jar. hehehe. Baiklah, bermula Khamis Lepas, Cik As telah bertungkus lumus menyiapkan tempahan daripada seorang kakak. Cik As kenal kak Yati semasa zaman kerja dulu. Alhamdulillah, jalinan ukhwah ini terus berkekelan menerusi FB. Kak Yati telah mengadakan Majlis Kesyukuran sempena masuk rumah baru. Sebagai Cenderahati untuk di berikan kepada tetamu, dia telah menempah RV in Jar sebanyak 150 biji. Alhamdulillah... Baru je sekejap tadi dia  PM di FB. Ramai yang berpuas hati dengan RV ini. Hilang rasa penat. heheheh..

Kepada sesiapa yang nak menempah, bolehla PM di FB @ msj ke 012-2138598. Insya ALLAH, Cik As akan balas. Mari kite tengok gambar RV in Jar.

TQ Kak Yati!
















No comments:

Post a Comment