Tuesday 13 November 2012

~Happy 1st Anniversary~

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari kita akan menyambut tahun baru dalam Islam. Pejam celik pejam celik, da nak berakhir tahun ini.
Sekejap je masa berlalu. Bermakna, bertambahlah usia kita ya.

Hari ini, dalam tahun Islam, genaplah 1 tahun usia perkahwinan Cik As. Rasa masih terlalu sekejap shj. Rasa baru semalam menghadapi saat2 genting utk di satukan. Menghadapi pelbagai cabaran & dugaan dan hari ini dah setahun.

Gelombang 1 tahun telah pun berlalu,dan kini menjengah masuk ke fasa tahun yang ke dua. Harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untk menghadapi gelombang yang baru. Semoga kami makin matang dan dapat memperbaiki segala kekurangannya..

Betul kata orang, tahun pertama merupakan tahun ORIENTASI. Cuba menyesuaikan diri antara satu sama lain. Cuba untuk MEMAHAMI sikap, kegemaran dan keburukan. Menyesuaikan diri dengan KELUARGA baru. Di akui, bukan perkara mudah. Walaupun kita sudah mengenali pasangan kita bertahun lamanya, apabila di satukan kita umpama pasangan yang baru berkenalan. Banyak perkara yang harus di pelajari.

Makanya, sudah berakhir tahun ORIENTASI. Tahun Ke 2, sudah boleh berganjak untuk membina Keluarga ( jika di Izinkan). Sudah boleh membuat perancangan untuk keluarga sendiri. Owh... banyak lagi yang harus di perbaiki. Semoga ALLAH mempermudahkannya..

Hariini, Cik As bersendiri shj. Suami ada hal yang lagi besar harus di lakukan. Tiada Kek ( Walaupun Cik As pembuat Kek)untuk di hidangkan malahan Candle Light Dinner. Masing2 sibuk menguruskan hal2 peribadi. Tidak mengapa, ianya hanya angka.. Pengisiannya adalah lebih penting...

Semoga Rumah tangga ini akan di berkati ALLAH, mendapat lindungan dari NYA, dan di berikan Hidayah serta di permudahkan urusan kami..


AMIN...

No comments:

Post a Comment