Sunday 26 August 2012

~ AL- FATIHAH:: 1 SYAWAL 1433

Assalamualaikum & Selamat Malam...

Hampir Sebulan Juga Cik As x bersiaran & memasukkan entry-entry baru. Kebingungan agaknya. Sepanjang bulan RAMADHAN yang lepas, ALHAMDULILLAH tempahan tidak putus-putus. Boleh jugalah buat belanja harian kan. Tempahan Hari Raya juga agak memberangsangkan.. Syukur di atas nikmat yang ALLAH berikan..Semuanya siap seperti yang di jangkakan dan ada juga tempahan yang tidak dapat di hantar dan di ambil kerana hal kecemasan. Maaf dari hati Cik As pohonkan kerana apa yang kita rancangkan adakalanya tidak dapat di lunaskan.. Semuanya telah di aturkan ALLAH.

Telah seminggu jua SYAWAL dtg berlabuh. Sememangnya SYAWAL di nantikan oleh semua umat ISLAM kerana 1 SYAWAL merupakan sambutan kemenangan bagi meraikan sebulan berpuasa. ALHAMDULILLAH,kita masih lagi di beri peluang untuk meraikan kemenangan menahan hawa nafsu.

Sememangnya kedatangan SYAWAL amat di nantikan oleh semua. Bagi yang pertama kali meraikan bersama suami,anak atau sebagainya. Begitu jua dengan Cik As. Tahun ini di raikan bersama suami tersayang dan perancangan untuk pulang berhari raya di rumah mertua dan pelbagai perancangan telah di aturkan bersama suami. Namun apabila di sebut sahaja PERANCANGAN, pasti qada' & qadar ALLAH terlebih dahulu menyusul.

Seawal RAMADHAN lagi, Cik As terasa sedikit kelainan untuk menyambut SYAWAL pada tahun ini. Hati ini sgtlah berat utk menyambut kedatangannya. Tiada persiapan yang Cik As lakukan. Baju raya tidak bertempah,kuih raya pun tiada mood untuk di buat. Tatkala SYAWAL menjengah seminggu sahaja lagi, Cik As dan keluarga di kejutkan dengan berita yang tidak enak di dengar. Abang Ipar rebah semasa bekerja di pelantar minyak. Masa itu, Cik As tengah sibuk menyiapkan senarai tempahan kek untuk hari raya yang bakal tiba. Kakak Cik As yang mesra di panggil Kak Tih bergegas ke Hospital KEMAMAN. Hati ini merintih hiba mengenangkan Kak Tih yang pada masa itu juga tidak sihat kerana alahan di awal kandungan dan perlu membawa si comel yang berusia 2 thn ke sana.

ALHAMDULILLAH, berkat kesepakatan kami adik beradik, abg Cik As yang ke 4 menghantar ke Hospital Kemaman. Kami berhubung melalui WHATS' APP. Keadaan Abg ipar agak kurang stabil menyebabkan Kak Tih harus berada di sisi Abg Ipar dan Si COmel Ayish di hantar ke Hulu Langat. Kakak Cik As yang 1st akan menjaga Agak sebak juga mengenangkan keadaan Kak tih,Abg Ipar dan Ayish. Tidak sanggup rasanya untuk menatap si comel yang penuh dengan aksi itu. Mahu menitis air mata ini.

Setiap kali nada WHAT's APP berbunyi, Cik As akan gelisah. Agak takut untuk membacanya. Namun di gagahkan untuk mengetahui keadaan terkini Abang Ipar. Doa tidak putus2 di bibir agar beliau kembali sihat. Namun, beberapa hari sebelum SYAWAL, Kak Tih Menghantar mesej menyatakan Abang Ipar perlu di hantar ke Hospital Kuala Terengganu. Hati ini cuba bertenang. Memikirkan tempahan yang perlu di siapkan harus di tolak ke tepi ape yang bersarang di hati.

3 ari menjelang SYAWAL, Khamis 27 Ramadhan jam 6.45 ptg, Kak Tih menghantar pesanan menyatakan Abg Ipar Nazak. Dia meminta untuk hantar Si comel Ayish ke sana. Tatkala membaca pesanan ringkas itu, hati ini da x tenteram. RV yang perlu di DECO di pandang sepi. Tiada IDEA kerana sgt2 sebak. Rasanya mahu sahaja terbang ke sana menemankan Kak Tih. Sepakat bersama En Suami, Cik As bergerak ke Terengganu jam 1 pagi selepas mengambil amanah dari rumah kakak yang 1st. Berdoa agar perjalanan di permudahkan. ALHAMDULILLAH, perjalanan yang sangat mudah. Tiada kesesakan, Ayish pun tidur dalam pangkuan Cik As tanpa banyak ragam. Misi penyerahan ini harus di lakukan dengan segera kerana inilah kekuatan Kak Tih.





Alhamdulillah, jam 7.30 pagi Jumaat 28 Ramadhan Cik As tiba di KT.  Sebak hati ini melihat wajah Kak Tih tatkala dia memeluk Ayish. Terlakar di wajahnya keperitan yang harus di harungi serta mencari kekuatan untuk menerima sebuah hakikat kehidupan. Sempt Cik As berborak2 bersama Kak Tih,mendengar keluh kesahnya. Jam 12 t/ari, tatkala tgh bersiap untuk ke Hospital KT, Kak Tih menerima berita bahawa suaminya tenat. Tatkala mendengar raungan Kak Tih, hati ini terus menjadi kuat, memeluknya dan mengingatkan dia agar terus bersabar.

Bersyukur,yang keluar di bibirnya kalimah-kalimah indah mengingatkan kalimah ALLAH S.W.T. Laju En Suami Cik As memandu ke sana. Amanah2 ini harus sampai ke Hospital dgn kadar segera. Terus menuju ke WAD ICU. Cik As duduk di luar memegang Ayish yang tak tahu apa2. Mungkin aturan dari ALLAH, ma( ibu mertua Kak tih) menyuruh Cik As masuk menemankan Kak Tih dan menziarah Abang Ipar yang pada masa itu hanya bergantung pada alat pernafasan. Itulah pengalaman yang pertama menyaksikan detik2 cemas dalam sebuah kehidupan. Sebaik Abg Cik As masuk, Doktor menyatakan mahu mencabut alat pernafasan kerana tarnyata Abang Ipar CIk As telah di jemput ILLAHI.. Tangisan Kak tih menyedarkan Cik As dari lamunan. Terus sahaja Cik As mendakap erat Kak Tih, menenangkan dirinya. Ya ALLAH..Terlalu hebat dugaan buat KAKAK ku ini..








Perginya Abang Ipar pada bulan yang sangat mulia dan pada hari yang sangat indah. 28 Ramadhan bersamaan hari JUMAAT.. Segala urusannya di permudahkan. Bermula dari saat pengurusan jenazah meliputi proses mandi,kafan,sembahyang dan pengkebumian semuanya di permudahkan.. tepat 6.30 petang semuanya selesai. Bertapa bertuahnya Arwah.. saat2 akhirnya sgt mudah.

Kak Tih, wanita yang sangat tabah. Dia masih boleh tersenyum menerima dugaan dari ALLAH.. Hati ini sangat2 kagum dengan ketabahan yang ada di dalam dirinya. Benarlah, ALLAH hanya akan menguji hambanya bergantung kepada kemampuan setiap HAMBANYA.. Jika dahulu, Cik As hanya mendengar kisah2 sebegini tapi tahun ini, Darah daging Cik As sendiri mengalaminya. Kami masih lagi berada di dalam keadaan terkejut dgn berita ini..

Hari Raya di sambut sederhana. Tiada foto hari raya, tiada lemang, tiada baju raya. Cik As sendiri berhari raya besama Kak Tih Menyelesaikan beberapa urusan. Itu sahaja yang Cik As Mampu bantu selain doa. Terpanggil utk memikul tanggung jawab kerana Si comel AYISH sgt rapat dengan Cik As.

Kawan2, mari bersama kita sedekahkan AL-Fatihah buat MOHD HASRIDZUL BIN HASSAN...


No comments:

Post a Comment