Wednesday 21 November 2012

~ Bersyukurlah...~

~Assalamualaikum....~

Alhamdulillah... hari ini d beri kekuatan dari ALLAH S.W.T untuk meneruskan kehidupan. Setelah hampir 2 hari berada dalam keadaan terawang-awangan, di seliputi duka nestapa dan di tambah dengah kesihatan yang merudum dek kerana tekanan yang keterlaluan.. Syukur di beri kesedaran walaupun ianya sedikit pahit.

Apa yang bakal di tulis ini, saya mohon agar di jauhkan dari menyinggung mana-mana pihak. Saya juga insan kerdil yang tidak mampu untuk menahan segalanya. Sangat-sangat perit tika ini. Mujur, emak ada sisi, menjadi bahu untuk bersandar, memberi kata-kata rangsangan tatkala hampir rebah di tembak dengan untaian-untaian kata yang menyiksakan. Mujur ada suami yang sudi mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir.. Syukur di atas nikmat yang ALLAH berikan. Sama ada pahit @ manis, ianya adalah anugerah dan juga peringatan.

Sayang-sayangku sakalian....

Bersyukurlah dengan apa yang ALLAH telah berikan kepada kita. Tidak kira pahit @ manis, semuanya telah di rencanakan oleh DIA. Kita punyai akal dan fikiran serta faktor umur yang semakin matang untuk berfikir dan boleh mengkaji tentang apa yang telah terjadi. Janganlah ada rasa iri di hati kita kerana semuanya telah di atur dengan sebaik yang mungkin.

Berkatalah benar sayang2ku.. Walaupun kebenaran itu sangat pahit. Jangan di benarkan benda yang salah sedangkan kita sendiri tidak pernah melihat walaupun kita hanya mendengar sahaja. Janganlah di tambah benda-benda yang tidak sepatutnya kelak akan malu sendiri. Ada perkara yang kita tidak tahu sedangkan ada yang mengetahuinya.. Berhentilah... Diri ini masih lagi tersemat rasa hormat dan masih lagi tebal rasa kasih dan sayang yang hanya ALLAH sahaja yang tahu..

BERHENTILAH.....
~ Dari mengatakan sesuatu yang tidak benar sama sekali.
~Dari mengeluarkan kenyataan yang sebenarnya tidak tepat sama sekali
~ Dari memperkatakan tentang diri ini. Sesungguhnya saya tidak pernah mengusik sesiapa. Malah cuba meringankan segala bebanan.
~Dari memandang kesalahan orang sebaliknya renung2kanlah kesalah diri sendiri.

BERSYUKURLAH....
~ Dengan Nikmat yang ALLAH S.W.T berikan kepada kita.
~ Dengan Ujian yang DIA turunkan kepada kita.
~ Dengan apa yang telah anda perolehi
~ Dengan Kasih sayang yang ada

Apa yang telah terjadi 2 minggu ini, saya simpan jadi kenangan & pengajaran. Biarlah, semoga 1 hari nanti ALLAH akan menunjukkan kebenaran walaupun ianya sedikit berliku.

Kemaafan saya pohon andai.....
~ ada salah & silap dalam tutur kata dan tindakan yang telah saya lakukan.
~ Setiap makanan yang saya hidangkan tidak menepati citarasa anda
~ setiap perbuatan sy ini tidak menyenangkan mana2 pihak
~ adanya kelewatan dalam menyelesaikan sesuatu perkara
~ada hati yang telah terguris dengan diri ini..

Kerana...
~Saya juga makhluk ALLAH yang tidak sempurna
~ Saya juga ada hati & perasaan. Tahu rasa MARAH & SAKIT HATI & dsbg
~ Saya juga masih belajar...
        :: menyesuaikan diri dengan dunia yang baru
        :: tentang dunia pekerjaan yang baru 7 bulan sy masuki
~ Saya sedang berusaha membetulkan segala kesilapan saya
~ Saya cuba untuk menjaga hati & perasaan org lain
~Saya cuba untuk tidak menyusahkan orang lain

Saya pohon dari hujung rambut ke hujung kaki, berhentilah berkata2 tentang saya kerana saya tidak pernah berkata apa-apa tentang anda semua. Cuma kdg2 memberi pandangan shj.

Setelah apa yang terjadi, agak sukar untuk saya bangun kembali. Saya tidak marah @ benci cuma sedikit kecewa. Pesan Emak saya pegang kukuh hingga ke hari ini. Masa shj yang akn menyembuhkannya dan mengembalikan keyakinan utk kembali ke dunia baking.

Doa saya kepada Maha Pencipta, Semoga ALLAH memaafkan di atas KEKHILAFAN mereka...

* Maaf jika ada yang terasa.. Cukup semuanya sampai di sini.. Kadang2 kita fikir 1000 orang cukup teguh berada di belakang kita.sebenarnya mendapat kepercayaan dari 3 orng yang TERSAYANG, itu sudah cukup bermakna. Jadi BERSYUKURLAH......

Pesan pada diri saya:

~ Biarlah orang mengata kita, Jangan kita mengata org
~ Biarlah orang memfitnah kita, jangan kita melakukannya
~Biarlah orang menzalimi kita,Kita cuba memaafkan mereka
~Biarlah orang mencaci kita,  Doakan petunjuk buat mereka...








Salam Sayang dari saya...

Tuesday 20 November 2012

~RV with Buttercream Frosting

Customer : Nor Ashikin
Cake: RV with Buttercream Frosting
Theme: Blue white with Edible Image
















Tuesday 13 November 2012

Kelas : Lapis Cheezy

Assalamualaikum...

Ahad lepas, Cik As buat kelas Lapis Cheezy utk seorng kenalan FB. ALhamdulillah...sume berjalan lancar.
Segala tips telah Cik As berikan.. Semoga akk muhairene boleh mempraktikkan segala tips tu ya..

Meh layan gambo!!






~Happy 1st Anniversary~

Assalamualaikum..

Lagi 2 hari kita akan menyambut tahun baru dalam Islam. Pejam celik pejam celik, da nak berakhir tahun ini.
Sekejap je masa berlalu. Bermakna, bertambahlah usia kita ya.

Hari ini, dalam tahun Islam, genaplah 1 tahun usia perkahwinan Cik As. Rasa masih terlalu sekejap shj. Rasa baru semalam menghadapi saat2 genting utk di satukan. Menghadapi pelbagai cabaran & dugaan dan hari ini dah setahun.

Gelombang 1 tahun telah pun berlalu,dan kini menjengah masuk ke fasa tahun yang ke dua. Harus bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untk menghadapi gelombang yang baru. Semoga kami makin matang dan dapat memperbaiki segala kekurangannya..

Betul kata orang, tahun pertama merupakan tahun ORIENTASI. Cuba menyesuaikan diri antara satu sama lain. Cuba untuk MEMAHAMI sikap, kegemaran dan keburukan. Menyesuaikan diri dengan KELUARGA baru. Di akui, bukan perkara mudah. Walaupun kita sudah mengenali pasangan kita bertahun lamanya, apabila di satukan kita umpama pasangan yang baru berkenalan. Banyak perkara yang harus di pelajari.

Makanya, sudah berakhir tahun ORIENTASI. Tahun Ke 2, sudah boleh berganjak untuk membina Keluarga ( jika di Izinkan). Sudah boleh membuat perancangan untuk keluarga sendiri. Owh... banyak lagi yang harus di perbaiki. Semoga ALLAH mempermudahkannya..

Hariini, Cik As bersendiri shj. Suami ada hal yang lagi besar harus di lakukan. Tiada Kek ( Walaupun Cik As pembuat Kek)untuk di hidangkan malahan Candle Light Dinner. Masing2 sibuk menguruskan hal2 peribadi. Tidak mengapa, ianya hanya angka.. Pengisiannya adalah lebih penting...

Semoga Rumah tangga ini akan di berkati ALLAH, mendapat lindungan dari NYA, dan di berikan Hidayah serta di permudahkan urusan kami..


AMIN...

Friday 9 November 2012

~ Cuti2 Part 1~

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....

2 je la yang mampu di lafazkan bila ade seseorng mengajak g bercuti ke LANGKAWI.. Lame da ngidam ke sana. Mcm mimpi plak.. Semoga insan tersebut di murahkan rezeki.

X banyak tempat yang di lawati cuma ok lah. Bawa Si bujang tuh.. Kemain la suka..  Meh tgk2 gambar bercuti Cik As & Family..



























Tuesday 6 November 2012

Italian Rainbow Cake~ Siti Khamilah

Assalamualaikum...

Kek Pertama di bulan November...
Semangat bercuti masih tebal tetapi ini adalah amanah kan. Kepercayaan Customer.
Alhamdulillah.. Siap pun kek Italian Rainbow ni. Empunya diri menyerahkan segala DECO kepada Cik As.
Cuma dia sempat selit2kan informasi bahawa Suami dia sukakan Warna Kuning +Hijau..
Okep.. Makanya.. Cik As tenyeh je lah..

Harap Berpuas hatila hendaknya..